Mutiara Kata

|Bermusafirlah di atas muka bumi ini untuk melihat keagungan Tuhan hatta perlu melancong ke tempat 2 yang bersejarah sebagai pentarbiahan fikir|

Mar 31, 2015

Mendaki Bukit Tabur West @ Team Backpacker Traveller

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kali ini aku (Moq) mengikuti aktiviti yg telah dirancang oleh Team Backpacker Traveller. Untuk mendaki Bukit Tabur West, kita perlu memohon permit dan dikenakan bayaran RM5 seorang. Nama dan ic perlu diberikan semasa memohon permit di Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah. Beza dengan Bukit Tabur East, xde pulak aku g beli permit. Pepun, belilah permit tu, apa2 senang nanti.

Selfie beramai2 sebelum ke puncak.

Bukit Tabur ni yg aku tau ada 4 laluan.
  1. Tabur East
  2. Tabur West
  3. Tabur Extreme
  4. Tabur Extra
Apapun, ini rentetan perjalanan kami.

Tarikh : 22 Mac 2015
Hari : Ahad
Tempat : Bukit Tabur, Taman Melawati, Selangor

Mengikut dari pembacaan aku dlm blog2, Tabur West lebih senang berbanding Tabur East. Tapi bagi aku, Tabur West ni lagi susah dari Tabur East. Seramai 21 orang yg mengikuti aktiviti ini. Kami semua berkumpul di BHP Taman Melawati. Kalau ikut perancangan asal, kami akan mula mendaki pada jam 6.30pagi tetapi disebabkan atas sbb2 yang tak dijangka, kami mula mendaki pada jam 7.30pagi.

Kekanan tu laluan masuk ke Tabur East sebenarnya
Sebelum memulakan pendakian, kami diberikan taklimat ringkas oleh  Lynn. Pendakian diketuai oleh Bro Atim. Permulaan pendakian yg meriah, aku masih boleh bergelak, berborak dgn bro Nizam dan Armizan. 



Tarik nafas pun normal lg. Tp bila dah masuk 30 minit, mula lah hidung besar. Nafas pun dah tercungap2. Diorg ni releks je. Ntah pakai tenaga apa pun x tau.Kami berhenti sebentar di checkpoint bpe x igt, dr cni boleh la tgk permandangan sikit. Kelihatan Bukit Tabur East diseberang. Ini yang dikatakan 'Sunrise'. Hahhha..Sunblock jadinye ni.




Semakin mendaki semakin tinggi. Mana ada menurun kan. Aku antara orang dalam group yg terakhir bersama Bro Nizam dan Armizan. Trail Bukit Tabur West ni taklah susah, yg susahnya kita perlu memanjat dan turun batu serta menyeberang dari satu puncak ke puncak yg lain dan yg bestnya belakangkan gaung. Janganlah pakai pakaian yg tak sesuai ye. Kalau tak ada lah yg seluarnya koyak bagai. Kan dah jadi org Scotland. Bertuala je.




Ce cari mana satu Scotland celup. Rare kan...
Time aku naik untuk smpi ke puncak lebih kurang 4 jam lebih. Kalau korang lg cepat lah kan. Dari pandangan aku, ade 2 tempat yang sangat merbahaya. Sorry, aku lupa checkpoint no bpe, tp mungkin situlah port kebanyakan pendaki jatuh. Berani dgn tak berani je nak lompat.

Antara cerun yang merbahaya!




Sampai puncak terakhir, bolehlah berehat ke, masak ke apa yang patut sebelum turun. Permandangan Subhanallah. Korang nak tau korang naik sendiri. Kami berehat lebih kurang 1 jam. Lebih kurang jam 12tghari, kami turun. Laluan turun agak mudah melalui kebun buah. Masa turun aku ditemani oleh Bro Zaid. Walaupun dah berkali aku suruh dia jalan dulu, tapi dia tetap follow je langkah aku yg 2 step berenti, 2 step berenti. Hahahha..Penat woo...





Sblm tido kita selfie dlu..Kecapekan ni...
Inilah yg dikatakan xde penyakit cari penyakit. Sampai 1 tahap aku pewai. Sangat2 pewai. Air dah habis, tekak kering, mata mengantuk. Masa turun ni aku boleh berhenti bawah pokok manggis dan tido. Tido wooiii, tido.. Memang sedap gile. Seyes best tido masa tu. Aku terjaga sebab abg renjer turun je. Borak2 kejap, aku ngan Zaid sambung jalan. Akhirnya aku sampai kat bawah lebih kurang jam 2 ptg. 

Rakan2 pun dah penat tunggu kat bawah nak pegi makan.Kami terus keluar cari kedai makan, borak2 dan terus balik. Terima kasih pada semua geng Backpackers Traveller. Korang memang best. Next xtvt..Tunggguuuuu....



Pendapat aku..
## BukitTaburWest lebih susah dari BukitTaburEast.
## Bawak beg galas, bukan beg silang atau dry beg tu. Menyusahkan.
## Bwk air secukup badan korang. Nak lagi best cari serbuk' Hemaviton-Jreng'. Tenaga tu.

Credit gmbr daripada :
#Lynn
#Faza Azaziany
#Nizam


3 comments:

Unknown said...

jauh tak tempat nak amek permit dengan tempat pendakian?? dia kene mohon sehari sebelum tarikh pendakian atau boleh mohon hari yang sama masa nak daki tu?

| KBKCrew | said...

Mohamad Farid,
Permit beli di Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah. Alamatnya Km 11, Jalan Cheras, Cheras, Selangor, 43200 Kajang, Selangor. Kena mohon sebelum hari pendakian. ;)

Unknown said...

Kalau tak amik permit boleh daki ke tak eh?